the SAKMONGKOL JOURNAL

...the thinking person's blog

SAKMONGKOL AK47

Pahang Press

ASPAN ALIAS

WENGER KHAIRY RETURNS

The Scribe A Kadir Jasin

mana-mana

Jebat Must Die

de minimis

Economic Policy

Malaysia-Finance Blogspot

M. Bakri Musa

O p E d

Ti Lian Ker (Thinking Aloud)

SMALL TALK

Lawyer Kampung

anakbukitgantang says

NOBISHA

Siapa yang hipokrit, Pak Sheikh?

Written by Sakmongkol on 3:14 PM

Perkara yang kita khuatiri sudah berlaku.

Masyarakat Melayu yang berugama Islam, merasa resah. Mereka tidak puas hati. Kali ini kalimah Allah yang sebati dengan agama mereka di kongsi bersama. Kepada orang Islam, Allah bukan hanya suatu kalimah. Ia mengandung erti yang mendalam dan lebih luas.

Ada matlaon yang sudah berani berkata- Allah is God to Christians and Muslims.

Jika 'fahaman' kalimah Allah ini sama, mengapa orang Islam marah menggila bila ada orang Melayu/Islam nak peluk agama Kristian? Bukan kah kita boleh kata- tak ape lah, sebab Allah dan pengertian nya sama dalam kedua dua Agama ini. Semua berasal dari Ibrahim.

Isi lagi penting. Zahir dan luaran tidak penting.

Anwar Ibrahim boleh menyebut, jika banyak sangat soal mengenai perkara ini, kita hipokrit.

Orang Melayu/Islam tidak pernah menegah padri atau mubaligh Kristian mengembangkan Agama mereka. Tidak ada perutusan mahkamah yang melarang mubaligh Kristian mengembangkan agama mereka.

Memang benar pula, bahawa terdapat undang undang mengharamkan bertukar agama dari Islam ke pada Kristian. Tapi penghukuman di jatuhkan keatas orang Islam yang masuk kristian, bukan penghukuman di lakukan keatas pengembang agama Kristian.

Kenapa? Ternyata penegahan demikian terjadi, kerana dua agama ini berbeza dan walaupun kristian di benarkan menggunakan kalimah Allah, idea di sebalik nya berbeza. Penggunaan kalimah yang sama, tidak menjadikan Christianity sama dengan Islam.

Ini yang orang Melayu tentang. Bukan hak paderi dan mubaligh mengembangkan agama mereka.

Jangan kita jadi hipokrit- Christianity as we know it at present is not accepted by Muslims as a true revealed religion. This is a fundamental belief in our faith. No disrespects to God fearing Christians, and if Christian want to disbelieve Muslims, that is entirely their right and we shall not deny them this right.

Let's not be hypocritical about the perception of Muslims on Christianity. It is Anwar Ibrahim who is living a life of hypocrisy.

Bila orang Melayu resah dan bertukar pula jadi marah, ianya bukan penentangan keatas kebebasan beragama. Isiu ini mesti kita jelas. Orang Kristian mahu kristiankan orang bukan Islam- they can go ahead. Nak rendam dalam air, nobody yang akan melarang.

Itu perkara pertama. Kita khuatir ia nya akan menimbulkan keresahan dan kersesahan jadi amarah yang tidak dapat di benbung. Keamanan jadi mangsa.

Ini bukan soal reaksi knee jerk atau bayangan kita orang Islam kurang yakin pada diri sendiri.

Adakah kita membuktikan kita manusia yang yakin dengan membenarkan apa pun di perlakukan keatas Agama kita? Itu cara yang dangkal mahu membuktikan bahawa kita golongan yang yakin dan berlapang dada. It is as though Islam needed some accreditation from others to certify that its adherents are confident and knowledgeable people. That's a most imbecilic stand.

Kedua, kita khuatir terjadi penjejasan dan kecederaan keatas aqidah. Sebab perkara yang asal nya mengenai perbalahan keatas kalimah, kemudian nya menjadi kekacuan dalam aqidah.

Sebagai contoh, sudah ada orang memproklamirkan bahawa Allah Islam sama dengan Allah Kristian. Lihat? Dari kontroversi keatas kalimah, ianya telah pergi beyond simple terms and nomenclature.

Sebab idea orang Islam megenai Allah tidak sama dengan idea orang Kiristian mengenai Allah. Kepada orang Kristian, Allah hanya bahasa.

Kalimah Allah adalah kata Nama buat Zat Allah yang suci yang di namakan oleh Zatnnya sendiri. Ia bukan nama yang di beri oleh orang Arab atau Muhammad SAW untuk Tuhan. Tiada siapa yang mampu menamakan Tuhan mereka kecuali Zat yang Agong memberikan nama itu kepada kita.

Nampak? Jadi apa yang kita lakukan bila melalui mahkamah, kita membenarkan suatu golongan menamakan Tuhan mereka Allah? Yang terjadi ialah kita mansuia menamakan Tuhan. Kita manusia yang banyak dosa dan tidak sempurna ini pulak yang pandai2 dan gatal berikan 'nama' kepada Tuhan kita.

dan bila kita yang Islam merelakan pemberian nama kepada Zat yang Agong, adakah status kita sama dengan Allah? Membenarkan pemberian nama bererti kita bersubahat!

Semua nama Tuhan setiap agama di sebut mengikut keupayaan bahasa masing masing. Orang Inggeris mengenali Tuhan mereka dengan bahasa mereka. Orang Hindu dengan bahasa mereka. Orang Arab dan lain2 bangsa semua menamakan Tuhan mereka dengan kata nama yang mampu di capai oleh bahasa mereka.

Tapi dengan nama sahaja, yakni yang di berikan kita oleh manusia, tidak akan mampu menunjukkan dan memahamkan kita mengenai Zat ketuhanan. Kerana, nama yang kita manusia berikan menyerupai makhluk itu sendiri.

It is God who gives us His Name, not the other way round. Muslims must be clear on this.

Sekarang, apa jadi kepada kita orang Islam bila membenarkan nama yang Zat Agong berikan untuk Nya sendiri , di beri pula oleh manusia.

Jadilah kita Tuhan?

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 1 comments: Responses to “ Siapa yang hipokrit, Pak Sheikh? ”

  2. By Anonymous on January 6, 2010 at 8:14 PM

    Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

Che Det

razaleigh.com

Khairy Jamaluddin